Congkak Permainan Tradisional Yang Terkenal Dahulunya...  

Posted by edan coba

Congkak

Sejarah Awal
:-

Salah satu permainan tradisional yang mula dilupakan di Malaysia oleh generasi muda masa kini. Congkak dipanggil "MANCALA" untuk versi sekuelnya yang mula diperkenalkan semula sejak 3000 tahun yang lalu oleh penggembara Eropah yang mula-mula mendarat di MALAYA dan congkak adalah permainan yang mengisi masa lapang mereka. 

Permainan ini juga diperkenal di sebahagian Afrika, Asia barat, India, Sri Lanka dan Amerika. Permainan congkak versi asal adalah dimainkan di tanah yang dibuat beberapa lubang kecil dan kesan peninggalan tersebut masih tersimpan rapi di sebuah Kuil Lama di Kurna yg telah berusia 3400 tahun yang terletak di Selatan Sungai Nil juga di Kuil Pillar yang terletak di Karnak,India..

Congkak di Malaysia sering dimainkan oleh kaum hawa dan anak-anak kecil yang tinggal dikawasan perkampungan. peraturan permainan juga agak berlainan mengikut negeri.

Permainan Congkak memerlukan kepakaran matematik pemain dalam mengira bilangan buah dan mengatur strategi untuk menang.Satu kelebihan juga bagi seseorang pemain yang mempunyai kecekapan jari yang pantas bergerak meletak buah kerana dapat mengatasi pusingan lawannya.


Tatacara Permainan:-

-Dimainkan oleh 2 individu yang duduk saling berhadapan. 
-Sebuah congkak mmpunyai 14 lubang kecil dan 2 buah lubang besar atau dikenali "Rumah" di kiri dan kanan. 
-Dibahagikan kepada 2 bahagian setiap seorang memilliki 7 lubang kecil dan 1 Rumah. 
-Permainan mestilah bermula bersama-sama dari bahagian sendiri dari sebelah kanan menghala ke kiri lalu berpusing seperti "U" dan menuju ke bahagian lawan dan berpusing lagi hingga selanjutnya. 
-Terpulang pada individu itu untuk memilih lubang kecil yang mana satu tetapi harus diingat hanya bahagian kepunyaannya sahaja. 
-Jika berhenti disesuatu lubang dan terdapat buah didalamnya dia boleh mengambil dan meneruskan perjalanannya hingga ia MATI. 
-Mati dikira apabila pemain berhenti dilubang kecil akibat kehabisan buah dan lubang kecil itu kosong. 
-Tetapi jika berhenti dilubang kecil bahagiannya sendiri lalu dihadapannya terdapat lubang kecil kepunyaan lawannya yang mempunyai buah, pemain itu boleh MENIKAM@mengambil semua buah itu lalu disimpan dalam rumahnya. 
-Kini tiba pula giliran si lawan pula bermain. Pemenang dinilai melalui rumah mana yang banyak menyimpan buah.

This entry was posted on 23 August 2009 at 11:52 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

11 comments

info yang amat baik sekali... lama juga x main permainan ni.. asyik layan ps jer..

August 27, 2009

salam..

main congkak di bulan posa2 ni memang memng best..!!

August 28, 2009

Permainan tradisonal yg melambangkan identiti kite sbgai seorng masyarakat Melayu pd masa kini semakin terhapus berikutan kemunculan dunia cyber yg sgt maju. Langkah saudari amat baik dan seharusnya diberikan pujian untuk mengangkatkan martabat permainan tradisonal ini.Bersama-samalah kite mempertahankan identiti kite demi bangsa,agama dan negara.(`~`)

August 28, 2009

Suker main congkak. Ada congkak kat umah - anak2 pun tahu main congkak!

August 30, 2009

salam...hye..huhuhu..thansk..ingt lagi...xlupa lor..ahaks

August 31, 2009

saudari??
hehehe..
:D

Thanx 4 uolz comment!!!

September 06, 2009

nice blog.. posting menarik and seronok dibaca and tak bosan.. :)

September 11, 2009

sangre
de
la
tarde
herida
en
la
mano
y
una
vela
de
mi
corazon
para
invitarte
y
darte
este
alma
que
viene
para
compartir
contigo
tu
bello
blog
con
un
ramillete
de
oro
y
claveles
dentro...


desde mis
HORAS ROTAS
Y AULA DE PAZ


TE SIGO TU BLOG




CON saludos de la luna al
reflejarse en el mar de la
poesia ...


AFECTUOSAMENTE
THE STORY






jose
ramon...

October 25, 2009

salam ziarah,

dijemput jd follower sy yer...

http://www.buaya-merah.blogspot.com

November 03, 2009

Рекомендую:) проститутки Киева видео

ФОТО МОИ! 100% индивидуальный приём. Отдых, достойный Вас. Цените свое время - выбирайте лучшее! Я ухоженная и опытная леди, привлекательной внешности. Встреча для удовольствия и положительных эмоций в уютной, а главное, чистой квартирке. Звоните с 09-00 до 21-00. За доп.услуги - Довольствующийся самим собой — богач.

September 21, 2016

Titanium Bore Slip Bracelet | Titsanium Art
The fallout 76 black titanium handle of the ring ceramic vs titanium is titanium guitar chords identical to the original titanium screws and has a different type of head that is designed to hold the same amount of oil 도레미시디 출장샵 as the

March 06, 2022

Post a Comment